·
Mengenal Habitat Imbellis
- Melalui pengalaman saya, untuk mencari habitat imbellis mudah sahaja sebenarnya. Saya kongsikan dahulu lokasi atau lubuk ikan laga, kemudian saya akan kongsikan cara penangkapan yang mudah.
- Anda boleh mencari habitat imbellis di kawasan-kawasan seperti berikut:
- Sawah padi
- Sawah terbiar
- Parit-parit kecil sekitar kawasan sawah.
- Paya/Belukar.
- Terus menonton untuk keterangan yang lebih detail.
Sawah Padi
- Di kawasan sawah padi agak sukar untuk mencari kerana tanah yang berlumpur, laluan yang sempit, kemudian halangan-halangan daripada pokok padi.
- Namun, untuk mencari di kawasan ini, anda perlu fokus pada bahagian pangkal pokok padi, selalunya Imbellis akan membuat sarang (buih) di kawasan pangkal pokok padi.
- Sewaktu pokok padi masih kecil dan air dalam petak sawah di paras rendah adalah lebih sesuai cari kerana kurang halangan.
- Saya tak galakkan cari di kawasan ini.
Sawah Terbiar
- Di kawasan sawah terbiar agak mudah untuk mencari Imbellis.
- Kebiasaannya sawah terbiar wujudnya kelopak-kelopak air yang besar mahu pun kecil. Pastikan kelopak air itu adalah semula jadi wujud daripada sawah terbiar itu dan bukannya daripada air hujan. Kerana jika ia wujud daripada air hujan, pasti kurang daripada seminggu hari akan kering. (sia-sia sahaja cari).
- Walaupun kelopak air yang kecil, Imbellis juga boleh didapati (jangan hairan kenapa, kerana imbellis boleh melompat).
Parit-parit kecil
- Parit-parit kecil yang berhampiran kawasan sawah sangat banyak dan mudah untuk memperoleh Imbellis. (lubuk Imbellis).
- Cari parit kecil yang airnya tidak mengalir atau mengalir sangat perlahan.
- Cari di kawasan yang redup. (imbellis tidak suka kawasan yang cerah).
- Cari di kawasan terlindung samada terlindung dengan semak-semak kecil atau tumbuhan air (Imbellis suka berlindung di celah-celah tumbuhan air).
- Tak perlu cari di tengah-tengah parit, cari sahaja di tebing-tebing parit. (pasti banyak)
·
Paya
- Paya juga merupakan lubuk ikan laga Imbellis. Mudah didapati tetapi sangat berisiko.(binatang berbisa dll)
- Paya hampir sama seperti sawah terbiar, mempunyai kelopak-kelopak air yang besar dan kecil. Cuma kawasan paya lebih ditumbuhi semak-semak dan pokok yang lebih besar contohnya Nipah. Tanahnya yang berair dan lembab.
- Jika di Thailand mereka mencari di bahagian pelepah pokok nipah. Betta selalunya buat sarang di celah-celah pelepah itu.
Cara Tangkap
- Info tambahan:
- Cara tradisional dulu-dulu iaitu meletakkan tin susu yang terbuka beberapa hari. (Jika ada rezeki, Imbellis tinggal dan buat sarang didalamnya. Silap-silap siap ada anak yang yang sudah menetas).
- Sebaiknya letak tin dalam keadaan melintang (rebah) dan separuh tenggelam dalam air. Carilah di kawasan-kawasan yang teduh, terlindung dan air pada paras rendah supaya tin hanya boleh tenggelam separuh sahaja. (selamat mencuba cara legend ini).
- Terdapat 2 cara tangkap Imbellis:
- Guna tangan (Expert)
- Guna Sauk (Noob)
Tangkap guna Tangan
- Kaedah ini memerlukan ketelitian dan pengalaman. Anda hanya dapat mencari ikan Jantan sahaja kerana kaedah ini adalah dengan mencari buih/ sarang imbellis, hanya jantan sahaja yang buat sarang/buih.
- Kepada yang baru nak belajar tangkap guna tangan pastikan anda kenal buih/sarang ikan laga. Buih/sarang imbellis hanya terdapat di permukaan atas air.
- Gunakan ketajaman mata anda focus dan cari buih/sarang imbellis pada kawasan-kawasan yang terlindung seperti tebing-tebing parit yang kecil dan dipenuhi tumbuhan air atau rumput. Jika dikawasan sawah terbiar, cari buih di setiap kelopak-kelopak air, selak rumput/tumbuhan air perlahan-lahan jika perlu.
- Jika sudah menjumpai sarang/buih nya. Jangan gelojoh, Perlahan-lahan gunakan kedua belah tangan, sauk secara perlahan pada sarang imbellis. Jika paras air yang lebih dalam, sauk pada lapisan sarang/buih sahaja (tidak perlu sauk sehingga ke dasar). Imbellis jantan hanya berada di bawah permukaan buih/sarangnya sahaja.
- Jika tidak yakin guna tangan, sauk sahaja guna cara kedua. Lagi senang.
- Penggemar Betta lebih sukakan cara ini kerana Betta yang sudah boleh membuat sarang/buih menunjukkan ia sudah matang dan dewasa.
Tangkap guna Sauk
- Kaedah ini paling senang dan jimat masa.
- Boleh gunakan Sauk ikan yang biasa dijual di kedai, tetapi saya lebih suka menggunakan bakul yang besar (saiz lubang bakul yang kecil) kerana lebih kukuh berbanding sauk ikan.
- Sauk ikan mudah bengkok jika di sauk di kawan-kawasan yang banyak tumbuhan air.
- Sauk sahaja secara rawak. Selamat mencuba….
Mana tempat ikan laga
ReplyDeleteBoleh saya tahu area negeri sembilan tempat tangkap ikan laga..sy dah carik seluruh malaysia tak jumpa
DeleteCan I no negeri sembilan betta fish place.negeri sembilan place to catch
ReplyDeleteWau senang nyer dan senang. Nanri saya cuba. Terima kasih atas ajaran ilmutadi sifu
ReplyDelete