BETTA atau dikenali ikan laga merupakan ikan hiasan yang sangat cantik menarik tertarik dan mulai famous sejak akhir2 ini. kecantikan dan "keunikan tersendiri" BETTA menyebabkan ramai telah menceburi bidang BETTA samada sebagai breeder (penternak), penjual, hobi dan juga pertandingan.
"keunikan tersendiri" yang saya maksudkan ialah.....(panjang ceritanya).. follow blog ini,,,
Seperti yang kita biasa lihat di kedai-kedai yang menjual Betta, terdapat pelbagai jenis Betta, ada yang ekor panjang, pendek, sirip yang lebar, warna yang pelbagai. Ikan Betta sebenarnya telah diasingkan dalam beberapa jenis kategori mengikut jenis ekornya. Contohnya seperti, Halfmoon, Halfmoon Plakat, Crowntail dan berbagai lagi.
Sila tonton video di bawah yang mana menunjukkan 15 jenis kategori Betta mengikut jenis ekornya. untuk kategori warna pula akan diterangkan dalam video yang lain-lain. Stay tune...
15 PATTERNS OF BETTA FISH - TAIL PATTERN
** Jangan lupa subscribe ye.TQ. :)
Penjagaan Betta sebenarnya mudah jika kita ambil tahu cara yang betul untuk menjaga Betta. Betta akan hidup dalam jangka masa yang pendek jika tidak dijaga dengan cara yang betul.
Tonton video ini "10 Tips Penjagaan Asas Ikan Laga @ Betta" dan jangan lupa subscribe sekali ye. TQ ;)
Melalui
pengalaman saya, untuk mencari habitat imbellis mudah sahaja sebenarnya.
Saya kongsikan dahulu lokasi atau lubuk ikan laga, kemudian saya akan
kongsikan cara penangkapan yang mudah.
Anda
boleh mencari habitat imbellis di kawasan-kawasan seperti berikut:
Sawah
padi
Sawah
terbiar
Parit-parit
kecil sekitar kawasan sawah.
Paya/Belukar.
Terus
menonton untuk keterangan yang lebih detail.
Sawah Padi
Di kawasan sawah padi agak sukar untuk
mencari kerana tanah yang berlumpur, laluan yang sempit, kemudian
halangan-halangan daripada pokok padi.
Namun, untuk mencari di kawasan ini, anda
perlu fokus pada bahagian pangkal pokok padi, selalunya Imbellis akan membuat
sarang (buih) di kawasan pangkal pokok padi.
Sewaktu pokok padi masih kecil dan
air dalam petak sawah di paras rendah adalah lebih sesuai cari kerana kurang
halangan.
Saya tak galakkan cari di kawasan ini.
Sawah Terbiar
Di kawasan sawah terbiar agak mudah untuk mencari
Imbellis.
Kebiasaannya sawah terbiar wujudnya kelopak-kelopak
air yang besar mahu pun kecil. Pastikan kelopak air itu adalah semula jadi
wujud daripada sawah terbiar itu dan bukannya daripada air hujan. Kerana
jika ia wujud daripada air hujan, pasti kurang daripada seminggu hari akan
kering. (sia-sia sahaja cari).
Walaupun kelopak air yang kecil, Imbellis juga
boleh didapati (jangan hairan kenapa, kerana imbellis boleh melompat).
Parit-parit kecil
Parit-parit kecil yang berhampiran kawasan sawah sangat
banyak dan mudah untuk memperoleh Imbellis. (lubuk Imbellis).
Cari parit kecil yang airnya tidak mengalir atau
mengalir sangat perlahan.
Cari di kawasan yang redup. (imbellis tidak suka
kawasan yang cerah).
Cari di kawasan terlindung samada terlindung
dengan semak-semak kecil atau tumbuhan air (Imbellis suka berlindung di
celah-celah tumbuhan air).
Tak
perlu cari di tengah-tengah parit, cari sahaja di tebing-tebing parit.
(pasti banyak)
·Paya
Paya
juga merupakan lubuk ikan laga Imbellis. Mudah didapati tetapi sangat
berisiko.(binatang berbisa dll)
Paya
hampir sama seperti sawah terbiar, mempunyai kelopak-kelopak air yang
besar dan kecil. Cuma kawasan paya lebih ditumbuhi semak-semak dan pokok
yang lebih besar contohnya Nipah. Tanahnya yang berair dan lembab.
Jika
di Thailand mereka mencari di bahagian pelepah pokok nipah. Betta
selalunya buat sarang di celah-celah pelepah itu.
Cara Tangkap
Info
tambahan:
Cara
tradisional dulu-dulu iaitu meletakkan tin susu yang terbuka beberapa
hari. (Jika ada rezeki, Imbellis tinggal dan buat sarang didalamnya.
Silap-silap siap ada anak yang yang sudah menetas).
Sebaiknya
letak tin dalam keadaan melintang (rebah) dan separuh tenggelam dalam
air. Carilah di kawasan-kawasan yang teduh, terlindung dan air pada paras
rendah supaya tin hanya boleh tenggelam separuh sahaja. (selamat mencuba
cara legend ini).
Terdapat
2 cara tangkap Imbellis:
Guna
tangan (Expert)
Guna
Sauk (Noob)
Tangkap guna Tangan
Kaedah ini memerlukan ketelitian dan pengalaman.
Anda hanya dapat mencari ikan Jantan sahaja kerana kaedah ini adalah
dengan mencari buih/ sarang imbellis, hanya jantan sahaja yang buat
sarang/buih.
Kepada yang baru nak belajar tangkap guna tangan
pastikan anda kenal buih/sarang ikan laga. Buih/sarang imbellis hanya
terdapat di permukaan atas air.
Gunakan ketajaman mata anda focus dan cari
buih/sarang imbellis pada kawasan-kawasan yang terlindung seperti
tebing-tebing parit yang kecil dan dipenuhi tumbuhan air atau rumput. Jika
dikawasan sawah terbiar, cari buih di setiap kelopak-kelopak air, selak
rumput/tumbuhan air perlahan-lahan jika perlu.
Jika sudah menjumpai sarang/buih nya. Jangan gelojoh,
Perlahan-lahan gunakan kedua belah tangan, sauk secara perlahan pada
sarang imbellis. Jika paras air yang lebih dalam, sauk pada lapisan
sarang/buih sahaja (tidak perlu sauk sehingga ke dasar). Imbellis jantan
hanya berada di bawah permukaan buih/sarangnya sahaja.
Jika tidak yakin guna tangan, sauk sahaja guna
cara kedua. Lagi senang.
Penggemar Betta lebih sukakan cara ini kerana
Betta yang sudah boleh membuat sarang/buih menunjukkan ia sudah matang dan
dewasa.
Tangkap guna Sauk
Kaedah ini paling senang dan jimat masa.
Boleh gunakan Sauk ikan yang biasa dijual di
kedai, tetapi saya lebih suka menggunakan bakul yang besar (saiz lubang bakul
yang kecil) kerana lebih kukuh berbanding sauk ikan.
Sauk ikan mudah bengkok jika di sauk di
kawan-kawasan yang banyak tumbuhan air.